INGATLAH....
Pesanan Roh Terhadap Orang Yang Menguruskan Jasadnya
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu,
mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:"Demi Allah, wahai orang
Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan
berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani
kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau
suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari
Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah,
wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka
janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah
keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,
sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak
saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah
sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku,
wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan
apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka
tidak mahu menanggung alahanku".
"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
http://waksab.blogspot.com/201203/pesanan-roh-terhadap-orang-yang.html