
Ya Allah Engkau Tuhanku... Ampunilah hambaMu... Kasihanilah diriku.. Yang selalu lalai dan kaku... Dalam mentaatiMu... Ya Rabbal `alamin... Maafkanlah aku.... Ya Rabbal `alamin... Redhakanlah aku...
ads muslimah
Sunday, March 31, 2013
Saturday, March 30, 2013
Kisah Mat Rempit

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!
Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.
Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.
Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.
Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.
Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.
Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.
Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.
Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.
Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.
Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!
"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.
"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.
"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.
Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?
"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.
"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.
Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.
Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.
Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.
"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.
Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.
"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."
Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.
"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.
Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.
Si ibu berlalu pergi.
Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.
Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.
Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.
Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.
Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.
Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.
Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?
Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.
Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!
Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.
Kredit: Crime Watch
Friday, March 29, 2013
Thursday, March 28, 2013
The Prophet said....
Abu Hurairah R.A reported: The Prophet (PBUH) said
"When The son of Adam dies, his deeds come to an end except for three things:
1: Sadqah Jariyah ( continuous charity)
2: A knowledge which gives benefit
3.A righteous child who prays for him ( deceased)
[Muslim ]
."When The son of Adam dies, his deeds come to an end except for three things:
1: Sadqah Jariyah ( continuous charity)
2: A knowledge which gives benefit
3.A righteous child who prays for him ( deceased)
[Muslim ]
WANITA & NERAKA
10 MACAM SIKSA BAGI WANITA DI NERAKA, DAN YANG MENJADI SEBABNYA
Assalamualaikum wr wb
1.Wanita yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih karena tidak menutup rambutnya.
2. Wanita yang digantung lidahnya, dan tangannya dikeluarkan dari
punggungnya sedang cairan aspal panas dituangkan pada tenggorokannya,
karena menyakiti hati suaminya dengan lidahnya / kata-katanya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya karena menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Wanita yang diikat dengan tangannya karena keluar rumah tanpa izin suami dan tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
5. Wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubun,
dibelit dan disengati ular dan kalajengking karena dia mampu untuk
mengerjakan shalat dan puasa tapi tidak mengerjakannya dan tiak mau
wudhu dan mandi wajib.
6. Wanita yang memakan badannya sendiri karena bersolek untuk dilihat laki- laki lain dan suka membicarakan aib orang lain.
7. Wanita yang menggunting-gunting badannya karena suka memanjakan diri
( ingin terkenal ) dan mempertontonkan perhiasannya di depan orang
banyak sehingga tertarik padanya.
8. Wanita berkepala babi dan badannya seperti keledai karena dia suka berdusta dan mengadu domba.
9. Wanita berbentuk seperti anjing dan api dimasukkan dari mulut hingga
keluar dari duburnya dan malaikat memukul- mukul kepalanya karena dia
ahli fitnah dan suka marah-marah pada suaminya.
10. Wanita
diikat kedua kakinya sampai ke payudara dan kedua tangannya sampai ke
ubun- ubun dan disengati ular dan kalajengking karena ia telah
mempersilahkan laki- laki lain untuk berzina dengannya.
Perhiasan :
“ Wanita mana saja yang memakai kalung untuk dipamerkan kepada orang
lain, maka di hari kiamat ia akan dikalungi api neraka sebesar kalung
itu dan bila memakai anting-anting untuk dipamerkan maka telinganya akan
digantungi api neraka sebesar anting- anting itu “.
( Nasai ) Parfum :
“ Jika seorang wanita memakai minyak wangi selain untuk suaminya, maka
sesungguhnya itu adalah api neraka dan suatu aib yang buruk.” ( Thabrani
). “ Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian dan melewati kumpulan
orang-orang sehingga mereka mencium bau harumnya, maka ia adalah pezina
“.( Nasa`I , Ahmad, Hakim ) Ibnu Abbas ra. Berkata, Nabi saw bersabda :
“ Seorang perempuan, apabila keluar dari pintu rumahnya dengan berhias
dn memakai wangi- wangian, sedang suaminya redha padanya ( dengan hal
itu ), maka dibangunkan untuk suaminya itu sebuah rumah di neraka
sebanyak langkah yang dilangkahkannya ( istrinya ).
--- Jika
terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu
hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ...
----
Semoga bermanfaat dan Penuh Kebarokahan dari Allah ...
Silakan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note ini bermanfaat , agar yg lain dapat membaca ^_^
INGATLAH....
Pesanan Roh Terhadap Orang Yang Menguruskan Jasadnya
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu,
mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:"Demi Allah, wahai orang
Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan
berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani
kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau
suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari
Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah,
wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka
janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah
keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,
sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak
saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah
sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku,
wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan
apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka
tidak mahu menanggung alahanku".
"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
http://waksab.blogspot.com/ 201203/ pesanan-roh-terhadap-orang-yang .html
Muhammad Ali
I
don't smoke but I keep a match box in my pocket. When my heart slips
towards a sin, I burn a match stick and heat my palm. Then I say to
myself 'Ali, you can't bear even this heat, how would you bear the
unbearable heat of HELL - Muhammad Ali [not a hadith]
Allahu Akbar!
![I don't smoke but I keep a match box in my pocket. When my heart slips towards a sin, I burn a match stick and heat my palm. Then I say to myself 'Ali, you can't bear even this heat, how would you bear the unbearable heat of HELL - Muhammad Ali [not a hadith]
Allahu Akbar!](http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/9711_10151507289257010_1989718474_n.jpg)
Seksaan Orang Yang Meninggalkan Solat
Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.
6 seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
3 seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas
3 seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.
3 seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?
" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."
Allah hikayatkan dalam alquran,malaikat bertanya,maa salakaqum fi saqar(al-muddatstsir:42)brmksu d,ap sbb mu msuk kedlm saqar ni?
maka jawab mereka itu,qolu lamnakuminalmusollin(al-muddat stsir:43)bermaksud,kami hanya meninggalkan solat.
Ustaz Fesbuk :)
Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puteri...

Khas Buat Kaum Hawa yang Istimewa ;
1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti
Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap
biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.
2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar
tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan
dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan
rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan
menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan
dan memberi pakaian seribu orang telanjang.
4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak
memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari
minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.
5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala
keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda
kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan
suami adalah kemurkaan Allah.
6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka
malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari
seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa
sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para
pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah
dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika
meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikit pun.
7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di
hadapan suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan
alas tidur suaminya dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang
memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan
Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.
9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya
selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan
dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian
yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu
kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii
dan umrah.
10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan
kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya,
serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari
sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta
kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa
neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.
Waallahukhlam...www.minsyam.my
Subscribe to:
Posts (Atom)