
Kasih seorg ibu....
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah berayadikampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengarabang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagimenggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhatikegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinyasemakinmenjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,"takpayah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkansahajawalau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak jugasediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakanaidilfitribersamanya.Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinyatakberaya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidakditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesanakemari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk danbersungguhcuba menyediakan juadah yang semampunya.Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untukabang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakatmenjamuselera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahuanak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dahhampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apasemenjakpagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapatak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasigoreng,nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu jugajawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan rotisebabnak kawal penyakit diebetisnya" ....Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantasakutanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayusedihdan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikiskerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masihadaibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal merekasemuakenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABBEngkaupeliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknyauntukmembalas jasa ibu yang tak terhingga.AMINN
No comments:
Post a Comment